Masalah Psikososial Pelajar Sekolah Menengah: Kajian Kes Faktor penyumbang dan Peranan Guru Pendidikan Islam dalam Menyokong Kesejahteraan Emosi dan SpiritualFaktor Penyumbang dan Peranan Guru Pendidikan Islam dalam Menyokong Kesejahteraan Emosi dan Spiritual

Authors

  • Chairul Azlan Mohd Johari UNIVERSITI MALAYA Author
  • Syamimi Nabilah Batia UNIVERSITI MALAYA Author
  • Tengku Sarina Aini Tengku Kasim UNIVERSITI MALAYA Author
  • Hanin Salahuddin UNIVERSITI MALAYA Author
  • Husna Farihah Abdul Rahman UNIVERSITI MALAYA Author
  • Nuraliah Zatul Akmam A Ramsyah UNIVERSITI MALAYA Author

DOI:

https://doi.org/10.22452/

Keywords:

Masalah psikososial, kajian kes, sokongan psikososial, guru pendidikan Islam, sekolah menengah kebangsaan

Abstract

Masalah psikososial dalam kalangan pelajar sekolah menengah semakin membimbangkan apabila data semasa menunjukkan peningkatan gejala seperti tekanan emosi, kemurungan, kebimbangan, ponteng sekolah, salah laku tingkah laku dan kecenderungan mencederakan diri. Isu ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk tekanan akademik, pengaruh media sosial, masalah keluarga, kekangan ekonomi dan persekitaran sekolah yang kompleks. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti bentuk masalah psikososial yang dialami oleh pelajar, meneliti faktor penyumbangnya serta menganalisis peranan guru Pendidikan Islam (GPI) dalam menangani isu ini di peringkat sekolah menengah. Reka bentuk kajian adalah kualitatif kajian kes melibatkan temu bual separa berstruktur bersama seorang Guru Pendidikan Islam dan seorang kaunselor di salah sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK). Data dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik disokong dengan triangulasi data dan semakan penyelidik bagi meningkatkan ketepatan dapatan. Dapatan kajian menunjukkan tiga bentuk utama masalah psikososial iaitu (i) masalah disiplin dan tingkah laku seperti ponteng sekolah dan tidur semasa kelas, (ii) masalah pengurusan emosi termasuk idea mencederakan diri dan salah faham terhadap mekanisme daya tindak serta (iii) masalah berasaskan konflik keluarga. Faktor penyumbang yang dikenal pasti merangkumi geografi bandar yang terdedah kepada risiko sosial, motivasi akademik rendah, kekangan ekonomi, masalah keluarga dan pengaruh media sosial. Kajian turut mendapati GPI memainkan peranan signifikan dalam menyokong kesejahteraan emosi dan spiritual pelajar melalui amalan nilai-nilai agama di sekolah. Justeru, artikel ini mencadangkan pelaksanaan latihan profesional berasaskan psikologi Islam dan kemahiran komunikasi guru diperkasakan bagi meningkatkan keupayaan GPI dalam menangani masalah psikososial secara holistik dan berkesan.

Downloads

Published

18-06-2026

Issue

Section

Article

Most read articles by the same author(s)

<< < 1 2