Nilai-nilai Islam dalam Program Pemulihan Banduanita di Penjara

Main Article Content

Khairul Hamimah Mohammah Jodi
Mohd Fauzi Hamat
Hadenan Towpek

Abstract

Jabatan Penjara Malaysia merupakan sebuah entiti koreksi yang profesional di negara ini. Ia menyediakan program khusus bagi banduanita melalui Program Pembangunan Insan untuk memulihkan mereka, khususnya dari aspek sahsiah. Program ini turut menerapkan nilai-nilai Islam. Sehubungan itu, artikel ini mengupas nilai-nilai Islam yang diterapkan, dan menganalisis kaedah pelaksanaan penerapan nilai-nilai Islam melalui Program Pembangunan Insan. Artikel ini menggunakan kajian perpustakaan bagi mendapatkan informasi tentang nilai-nilai Islam yang diterapkan dalam program ini. Selain itu, beberapa metode kajian lapangan seperti dokumentasi, temu bual, pemerhatian turut serta dan cerapan digunakan untuk mendapatkan fakta sosial. Dapatan kajian ini menunjukkan nilai dedikasi, kerjasama, tekun, tanggungjawab, bersih dan disiplin menjadi keutamaan dalam program ini selain daripada nilai-nilai lain yang seumpamanya. Ini bertujuan untuk membentuk peribadi pelatih yang komited, bersungguh-sungguh dan rajin melakukan pembaikan diri, di samping mempunyai matlamat yang baik apabila dibebaskan. Malah sifat ini bakal membawa satu transformasi baru dalam kehidupan mereka selanjutnya. 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Mohammah Jodi, K. H., Hamat, M. F., & Towpek, H. (2012). Nilai-nilai Islam dalam Program Pemulihan Banduanita di Penjara. Jurnal Usuluddin, 35, 99–116. Retrieved from http://mojem.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/7450
Section
Articles