Zulkifli Muhammad dan Perjuangan Politik Berteraskan Islam 1955-1964

Main Article Content

Abu Hanifah Haris
Mohammad Redzuan Othman

Abstract

Perjuangan politik berteraskan Islam telah sekian lama dipelopori oleh lepasan universiti di Timur Tengah seperti Mesir, yang pulang dan berkhidmat sebagai guru agama atau ustaz di pelbagai institusi pendidikan. Berlatar belakangkan fakta ini, makalah ini membincangkan sumbangan Zulkifli Muhammad, seorang lepasan universiti di Mesir dan bekas Pensyarah merangkap Setiausaha Kolej Islam Malaya, Klang dalam perjuangan politik berteraskan Islam dari tahun 1955 sehingga 1964, iaitu sejak dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merangkap Ahli Parlimen Bachok, Kelantan. Bersumberkan pelbagai manuskrip dan laporan sejarah, makalah ini meneliti sejarah perjuangan Zulkifli Muhammad sebagai tokoh politik Islam secara deskriptif, demi pengajaran generasi seterusnya. Makalah ini mendapati banyak usaha yang telah dilakukan oleh tokoh silam dalam memperjuangkan agama Islam sebagai teras berpolitik dan bernegara. 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Haris, A. H., & Othman, M. R. (2013). Zulkifli Muhammad dan Perjuangan Politik Berteraskan Islam 1955-1964. Jurnal Usuluddin, 37, 83–116. Retrieved from http://mojem.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/7462
Section
Articles