KESAN AMALAN TERAPI DAN TEKNIK RUQYAH SYAR’IYAH DALAM KALANGAN MURID HIPERAKTIF DI MALAYSIA

Main Article Content

Nik Asilah Nik Ali
Madhya Zhagan
Abdul Muhsein Sulaiman

Abstract

Kesan Terapi Ruqyah Syar’iyah (TRS) dalam kalangan murid hiperaktif merupakan satu kajian yang eksklusif terhadap murid bermasalah pembelajaran. Kajian ini menggunakan kaedah perubatan Islam berasaskan al-Quran, hadith, al-Asma’ Ulhusna serta doa-doa pilihan. Berdasarkan kajian-kajian lepas, dilihat Terapi Ruqyah Syar’iyyah berkesan bagi merawat pelbagai penyakit rohani dan jasmani. Kajian ini cuba melihat sejauh manakah kaedah ini dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam mengatasi masalah tingkah laku murid hiperaktif di dalam kelas. Tujuannya untuk mengubah tingkah laku murid hiperaktif dan menjadikannya tenang dan fokus sebagai persediaan awal sebelum sesi pembelajaran dimulakan. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui rekabentuk Quasi Eksperimen: 1 kumpulan (pra – rawatan – pasca). Seramai 30 orang sampel murid hiperaktif berumur 8-11 tahun diambil dari 3 buah sekolah rendah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sekitar negeri Selangor. Ujian pra dibuat sebanyak 3 kali sebelum pembelajaran murid dilakukan, manakala ujian pasca dibuat selepas sebanyak 6 kali rawatan. Berdasarkan ujian paired-sampel t-Test, hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (29, -14.940), sig = < .000 (p< 0.005), min ujian pra 1.67, manakala min ujian pasca telah meningkat kepada min 3.89 selepas 6 kali rawatan diberikan kepada 30 murid hiperaktif yang berumur dalam lingkungan 8 – 11 tahun. Kajian ini memberi sumbangan kepada bidang pendidikan khas, terapis, ibu bapa dan guru disekolah khas. Kajian ini boleh disebar luas “outreach” bagi mengatasi masalah tingkah laku hiperaktif malahan dapat digunakan juga bagi membendung masalah salah laku di sekolah biasa. Kajian lanjutan mungkin diberi fokus berbentuk fenomenologi atau rekabentuk subjek-tunggal secara terperinci.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles