STRATEGI PENGAJARAN BAGI MENGATASI KELEMAHAN PELAJAR MELAYU DARI ASPEK KREATIVITI MENJANA IDEA REKA BENTUK TEKSTIL DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MALAYSIA

Main Article Content

Rainal Hidayat Wardi
Sabzali Musa Kahn

Abstract

Artikel ini membincangkan hasil dapatan kajian mengenai keperluan pelajar Melayu Bumiputera dalam menguasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), khusus dalam bidang Reka Bentuk Tekstil. Artikel ini juga membincangkan strategi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang dilaksanakan bagi mengatasi beberapa kelemahan pelajar-pelajar Melayu yang telah dikenal pasti dalam proses reka bentuk tekstil. Prosedur reka bentuk tekstil melibatkan beberapa peringkat penting yang bermula dari mengenalpasti isu/masalah, pembinaan tema dan konsep reka bentuk, penyelidikan visual, pengembangan idea dan cadangan reka bentuk (prototaip produk). Lima peringkat proses reka bentuk pula memerlukan kreativiti penjanaan idea dan penyelesian masalah yang berkaitan dengan reka bentuk yang melibatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Artikel ini dibahagikan kepada empat bahagian yang bermula dari bahagian satu: pengenalan kajian; diikuti bahagian dua: masalah yang dikenalpasti; bahagian tiga: strategi pengajaran dan pembelajaran; manakala bahagian empat: kesimpulan dan cadangan.



Kata Kunci: Strategi Pengajaran, Kreativiti, Menjana Idea, Reka Bentuk Tekstil

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Wardi, R. H., & Musa Kahn, S. (2020). STRATEGI PENGAJARAN BAGI MENGATASI KELEMAHAN PELAJAR MELAYU DARI ASPEK KREATIVITI MENJANA IDEA REKA BENTUK TEKSTIL DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MALAYSIA. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 27(1), 160–178. Retrieved from https://mojem.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/25647
Section
Articles