KEINDAHAN BENTUK PUISI ETNIK PERIBUMI DI SABAH THE BEAUTY OF INDIGENOUS ETHNIC POETRY IN SABAH

Main Article Content

Asmiaty Amat
Aone Van Engelenhoven

Abstract

Etnik peribumi di Sabah diidentifikasi mengikut kumpulan etnik dan kebanyakan etnik memiliki sub-sub etnik sehingga membentuk kepelbagaian etnik. Mereka bertutur dan menghasilkan puisi tradisi dengan menggunakan bahasa etnik masing-masing. Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa bangsa Melayu merupakan bangsa yang beragama Islam, melaksanakan kebudayaan Melayu dan menggunakan bahasa Melayu. Etnik peribumi di Sabah tidak mengasosiasikan diri mereka sebagai orang Melayu, walaupun mereka berasal dari rumpun Melayu. Kajian-kajian terhadap puisi Melayu seringkali tidak memasukkan puisi etnik sebagai satu bentuk puisi Melayu. Kajian Francois Rene Daille (1988) yang menyatakan bahawa pantun hanya terdapat di Tanah Melayu dan kepulauan Riau Lingga menimbulkan persoalan, sedangkan Muhammad Haji Salleh (2005) berpendapat bahawa pantun wujud di seluruh pelusuk alam Melayu. Walau bagaimanapun, kajian yang menjustifikasikan perkara ini dan bentuk sebenar puisi etnik tersebut masih belum dijalankan. Kajian ini akan menganalisis bentuk puisi etnik peribumi di Sabah hampir mirip dengan pantun Melayu. Kajian-kajian awal yang oleh Saidatul Nornis (2008, 2011), Lokman Abdul Samad (2017) dan Isa Romtie (2022) menjelaskan bahawa ketiga-tiga etnik, iaitu Kalang Sama Bajau, Brunei dan Cocos memiliki pantun yang sama dengan pantun yang difahami di alam Melayu. Namun perincian bentuk puisi dan etnik lain tidak pernah dibincangkan dengan mendalam. Kajian lapangan yang telah dilakukan sejak 2010 telah menemukan beberapa bentuk puisi etnik di Sabah. Data-data dianalisis secara intrinsik menggunakan Teori Puitika Sastera Melayu oleh Muhammad Haji Salleh (2006) dan ciri pantun yang diberikan oleh Harun Mat Piah (1989). Kajian mendapati puisi etnik hampir serupa dengan pantun, tetapi perbezaannya terletak pada bahasa atau dialek yang digunakan, serta ada puisi yang tiada unsur pembayang

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Amat, A., & Aone Van Engelenhoven. (2024). KEINDAHAN BENTUK PUISI ETNIK PERIBUMI DI SABAH: THE BEAUTY OF INDIGENOUS ETHNIC POETRY IN SABAH. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 35(2), 67–85. Retrieved from https://mojem.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/56098
Section
Articles