Kepentingan Nilai-nilai Islam dalam Pembangunan Diri Orang Kelainan Upaya (OKU) Kategori Bermasalah Pembelajaran

Authors

  • Yusmini Md Yusoff University of Malaya image/svg+xml
  • Azura Awang Institut Pendidikan Guru, Bangi

DOI:

https://doi.org/10.22452/usuluddin.sp2019no1.5

Abstract

Pembangunan insan adalah aspek yang dititikberatkan oleh Islam dalam proses pendidikan yang merangkumi perkara asas seperti akidah, ibadah dan akhlak. Perkara asas ini perlu dididik dan diterapkan bukan sahaja kepada individu normal tetapi juga kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti orang kurang upaya (OKU) agar golongan ini mempunyai garis panduan yang mencukupi untuk melayari kehidupan sebagai OKU Muslim. Dalam konteks artikel ini, perbincangan pembangunan insan adalah tertumpu kepada diri OKU dalam kategori bermasalah pembelajaran. Perbincangan dimulakan dengan memahami ciri-ciri ketidakupayaan yang dialami oleh golongan ini dan seterusnya komponen nilai-nilai Islam yang boleh diterapkan mengikut tahap keperluan dan kemampuan mereka.

Downloads

Published

2019-12-19

Issue

Section

Articles

Most read articles by the same author(s)