MENGHURAI LANSKAP KULINARI MELAYU DALAM ERA PASCA GLOBALISASI

Main Article Content

Abd. Razak Aziz
Awang Azman Awang Pawi

Abstract

Budaya kulinari Melayu sentiasa dalam keadaan aktif dari segi innovasi dan tindak balas terhadap pengaruh elemen-elemen kulinari luar negara. Untuk memahami bagaimana cef-cef Melayu bertindak balas terhadap fenomena ini, kertas kerja ini menganalisis berbagai-bagai aktiviti masakan di restoran terpilih. Kertas kerja ini menggunakan dua kaedah, iaitu kaedah pemerhatian dan temu bual. Implikasi globalisasi melalui berbagai lanskap dianalisis bertujuan untuk meninjau ciri-ciri globalisasi, iaitu bagaimana ia mempengaruhi dan disesuaikan sebagai tindak balas terhadap trend pemakanan global. Amalan menyesuaikan makanan asing dengan makanan Melayu baik dari segi teknik mahupun penggayaan dalam kalangan cef-cef Melayu dilihat boleh mendatangkan masalah dari penyelesaian. Satu permasalahan besar dalam masakan Melayu adalah ketiadaan konsep yang jelas dan kurang daya tarikan. Perkembangan ini menyebabkan para cef Melayu berusaha mencari penyelesaian terhadap isu ini. Kajian ini merumuskan bahawa aktiviti penambahbaikan masakan Melayu berada pada tahap tinggi. Namun begitu, pengetahuan dan kefahaman dalam kalangan orang awam pada tahap sederhana. Justeru kajian ini menyarankan usaha penggunaan kaedah lanskap untuk membina lanskap kulinari Melayu yang lengkap. Kerangka lanskap kulinari Melayu ini membolehkan analisis dibuat terhadap hubungan antara makanan, persekitaran dan keadaan semasa.


 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Aziz, A. R., & Awang Pawi, A. A. (2018). MENGHURAI LANSKAP KULINARI MELAYU DALAM ERA PASCA GLOBALISASI. JURNAL MELAYU SEDUNIA, 1(1), 137–161. Retrieved from https://mojem.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/13387
Section
Articles