Strategi Perjuangan Parti Malaysian Chinese Association (MCA) dalam Masyarakat Cina, 1958-1969

The Struggle Strategy of the Malaysian Chinese Association (MCA) in the Chinese Community, 1958-1969

Authors

  • Lua Zyn Lan Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, MALAYSIA
  • Sivachandralingam Sundara Raja Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, MALAYSIA
  • Noraini Mohamed Hassan Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, MALAYSIA

DOI:

https://doi.org/10.22452/sejarah.vol33no1.9

Keywords:

MCA, Chinese Education, Lim Chong Eu, Cheah Toon Look, Tan Siew Sin

Abstract

Makalah ini akan memperinci strategi perjuangan parti Malaysian Chinese Association (MCA) dalam menangani isu-isu yang dihadapi oleh komuniti Cina selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan sehingga ambang tragedi 13 Mei 1969. Pada tempoh ini, MCA berhadapan dengan isu pendidikan Cina, bahasa kebangsaan, penubuhan Malaysia dan Universiti Merdeka. Tiga pemimpin MCA iaitu Lim Chong Eu, Cheah Toon Look dan Tan Siew Sin yang menerajui MCA pada tempoh masa ini menggunakan strategi tersendiri untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh komuniti Cina. Penulisan ini menggunakan pendekatan kualitatif, iaitu kaedah perpustakaan dengan merujuk sumber primer seperti minit mesyuarat parti, laporan tahunan parti, perlembagaan parti, Surat Persendirian H.S. Lee, Surat Persendirian Tan Cheng Lock, rekod Pejabat Tanah Jajahan, surat-menyurat parti serta akhbar, dan sumber sekunder seperti buku dan artikel jurnal. Penulisan ini mendapati bahawa strategi perjuangan MCA adalah berdasarkan objektif MCA seperti termaktub dalam Perlembagaan MCA yang mengutamakan keharmonian antara kaum serta menjaga kepentingan masyarakat Cina. Justeru, strategi perjuangan MCA dalam masyarakat Cina perlu mengimbangkan tuntutan masyarakat Cina dan pendirian parti United Malays National Organization (UMNO). Keadaan ini dapat dilihat dengan jelas melalui strategi perjuangan MCA dalam isu pendidikan Cina daripada tahun 1958 sehingga 1969. Justeru, strategi perjuangan MCA cuma dapat berkompromi dalam memenuhi sebahagian tuntutan masyarakat Cina terutama golongan pendidikan Cina yang dapat diterima oleh UMNO dan bukan sepenuhnya. Peranan strategi perjuangan MCA ini amat penting dalam konteks menstabilkan politik negara dengan mengelakkan konflik antara kaum.

Received: 3 April 2024

Reviewed: 15 May 2024

Accepted: 30 June 2024

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-06-29