The Mysticism of Abu Yazid al-Bistami
Abstract
Artikel ini membahaskan pemikiran tasawuf Abu Yazid al-Bistami. Konsep al-fana' yang dihayati oleh beliau dalam usaha menghampirkan diri kepada Allah s.w.t. telah menghasilkan suatu implikasi yang penuh dengan tanda tanya terutama kata-kata ganjil dan kontroversi yang terhembur dari bibirnya. Artikel ini juga meninjau sejauh mana pengaruh pemikiran mistik Hinduisme dalam tasawuf al-Bistami atau sekurang-kurangnya persamaan-persamaan di antara keduanya.






